Connect with:




Foto kredit : Manchester United

Skuad kendalian Jose Mourinho gagal mencatat kemenangan di tempat lawan ketika menentang Sevilla apabila mencatat keputusan seri tanpa jaringan dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) peringkat kalah mati pusingan pertama awal pagi tadi.

Sevilla yang bermain di halaman sendiri ternyata lebih mendominasi permainan dalam usaha mencari gol untuk di bawa ke perlawanan kedua nanti.

Foto Kredit : Sevilla FC

Manchester United patut berterima kasih kepada penjaga gol mereka, David De Gea yang bertindak cemerlang apabila menafikan percubaan demi percubaan dari Sevilla.

Luis Muriel hampir meletakkan Sevilla di hadapan namun ketangkasan De Gea sekali lagi berjaya menyelamatkan gawang Man. United.

Man. United akhirnya berjaya menjaringkan gol namun pengadil perlawanan, Clement Turpin membatalkan jaringan itu kerana di dapati bola terlebih dahulu kena tangan.

Mereka akan bertemu sekali lagi pada 14 March nanti yang akan berlangsung di Stadium Old Trafford.

Foto Kredit : FB David De Gea