Connect with:




Manchester United bangkit dari kekalahan minggu lalu untuk mencatat kemenangan 2-0 ke atas AFC Bournemouth dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Chris Smalling dan Romelu Lukaku berjaya mencatat nama selaku penjaring sekali gus membantu Man United terus menjarakkan kedudukan. Kejuaraan EPL kini sudah menjadi milik Man City namun perebutan kedudukan kedua liga masih lagi terbuka kepada pasukan lain.

Dalam perlawanan tersebut, Jose Mourinho melakukan beberapa rombakan apabila merehatkan pemain dari kesebelahan utama seperti Romelu Lukaku, Alexis Sanchez, Ashley Young dan Nemanja Matic.

Sebelum perlawanan menentang AFC Bournemouth, Jose Mourinho sudah memberi amaran kepada pemain bahawa beliau akan memilih pemain yang ‘perform’ untuk diturunkan dalam perlawanan separuh akhir FA CUP nanti.

Perlawanan tersebut akan diadakan di Stadium Wembley dan kedua-dua pasukan sudah tentu ingin memburu kemenangan untuk layak ke perlawanan akhir. Satu lagi perlawanan menemukan Chelsea dan Southampton.

Foto Kredit : Manchester United