Connect with:




Kelab Manchester United telah mengemukakan permohonan kepada Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) untuk menubuhkan pasukan professional wanita untuk bertanding di divisyen dua Liga Super Wanita.

United sebelum ini dikritik hebat kerana tidak mempunyai pasukan wanita selepas banyak kelab utama seperti Manchester City, Chelsea, Arsenal dan Liverpool yang semuanya bertanding dalam Liga Super Wanita divisyen satu.

“Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kelab ini berhasrat untuk menubuhkan pasukan wanita yang pertama.

“Pasukan wanita ini mesti dibina dalam imej yang sama dan dengan prinsip yang sama dengan pasukan utama lelaki,” kata Ketua Eksekutif United, Ed Woodword dalam satu kenyataan. -REUTERS

Sumber : Utusan Online

Foto Kredit : manutd(dot)com