Perlawanan ke-25 Liga Perdana Inggeris menyaksikan pendahulu liga, Manchester City semakin selasa menterajui liga dengan 15 mata meninggalkan pencabar terdekat mereka, Manchester United.

Pemain pertahanan yang baru dibeli Man. City, Aymeric Laporte bermula sebagai pemain utama ternyata tidak mengecewakan apabila memperagakan permainan yang sangat baik.

Skuad Pep Guardiola mudah menewaskan West Brown 3-0 yang bermain di Stadium Etihad. Kevin De Bruyne, Fernandinho dan Sergio Aguero masing-masing mencetak 1 gol untuk membantu kemenangan City.

Pencabar terdekat mereka, Man. United pula tewas kepada Spurs 2-0 sekaligus menyaksikan mereka makin jauh ketinggalan untuk mengejar Man. City. Biarpun Alex Sanchez bermula sebagai pemain utama, ia masih belum cukup untuk membantu Man. United memenangi perlawanan ini.

Jaringan seawal minit pertama oleh Eriksen dan gol sendiri Phil Jones sudah cukup untuk memastikan skuad kendalian Mauricio Pochettino terus mengejar 4 pasukan teratas.

Pasukan Chelsea yang berpeluang untuk memintas Liverpool bagaimanapun dikejutkan dengan kekalahan kepada AFC Bournemouth 3-0 di tempat mereka sendiri.

Setelah pemain pertahanan Chelsea, Andreas Christensen yang mengalami kecederaan dan terpaksa di keluarkan pada minit ke-28, menyaksikan mereka terus di bolosi 3 gol.

Ketiga-tiga jaringan AFC Bournemouth dijaringkan pada separuh masa kedua oleh Callum Wilson, J. Stanislas dan Nathan Ake.

Foto Kredit : FB Manchester City