Antonio Conte yakin untuk melakukan pertukaran pemain bagi menghadapi saingin Liga Juara-Juara menentang kelab Azerbaijan Qarabag di Stamford Bridge awal pagi esok.

The blues pada ketika ini berhadapan dengan kekangan masa ekoran jadual perlawanan padat sebelum sabtu lalu menewaskan Leicester City 2-1 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan bakal bertemu Arsenal Ahad ini.

Walaupun Qarabag tidak dianggap pencabar hebat dalam kumpulan C berbanding AS Roma dan Atletico Madrid, namun menurut Conte dia perlu membuat pertimbangan semula jika mahu merehatkan sesetengah pemain.

“Kami berhadapan lawan yang sukar dan kehilangan begitu banyak tenaga. Bermain tujuh perlawanan dalam tempoh 21 hari bukan sesuatu yang mudah” ujar bekas pemain Juventus itu.

Sementara itu, penyerang sensasi Alvaro Morata perlu dipertimbangkan semula dalam meletakkan kesebelasan utama setelah baru-baru ini pemain itu beraksi untuk Sepanyol dan menentang Leicester pada tempoh hari.

Eden Hazard pula bakal direhatkan selepas pulih dari kecerderaan buku lali manakala Drink Water juga mungkin tidak berkesempatan untuk bermain ekoran mengalami kecederaan peha.

“Dalam situasi begini, saya perlu menyemak semula untuk melakukan beberapa langkah yang terbaik bagi perlawanan esok” kata pengurus berusia 48 tahun itu.

Foto Kredit: Reutersmedia