Connect with:




Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) hari ini mengumumkan Kia NBA Rookie of the Year 2016-17, Malcolm Brogdon dari Milwaukee Bucks akan mengadakan lawatan ke Kuala Lumpur bagi menyertai Kem Latihan Kebangsaan Jr. NBA Malaysia dari 3 hingga 5 Ogos ini.

Kem Latihan Kebangsaan Jr. NBA yang telah dipentaskan di IGB International School dari 3 hingga 4 Ogos dan 5 Ogos di Oval One Utama, adalah kemuncak Jr. NBA 2018 yang dibawakan oleh Dutch Lady. Brogdon akan membantu dalam melatih 60 kanak-kanak lelaki dan perempuan dari Kem Seleksi Wilayah di Kuala Lumpur dan 40 pemain cemerlang yang dipilih oleh guru dari Akademi Jurulatih Jr NBA. Di akhir Kem Latihan Kebangsaan nanti, lapan kanak-kanak lelaki dan lapan kanak-kanak perempuan akan dinamakan sebagai NBA Malaysia All-Stars Jr 2018 dan berpeluang untuk ke Shanghai pada Oktober nanti untuk menghadiri NBA China Games 2018 yang menampilkan Philadelphia 76ers dan Dallas Mavericks.

“Ia amat memberi inspirasi untuk melihat bagaimana sukan bola keranjang disertai dan diminati oleh seluruh dunia dan bagaimana saya boleh memberi kesan positif kepada pertumbuhan sukan itu di Asia Tenggara,” kata Brogdon. “Saya sangat teruja diberikan peluang untuk berlatih bersama atlet Malaysia dan pada masa yang sama menerapkan nilai-nilai utama permainan dalam membantu mereka mencapai potensi mereka di luar gelangang.”

“Dutch Lady, jenama susu cair terkemuka di Malaysia *, teruja untuk bekerjasama dengan NBA sekali lagi dalam rangka mempromosikan kepentingan memupuk gaya hidup aktif dan pemakanan tepat di kalangan kanak-kanak Malaysia,” kata Pengarah Pemasaran, Produk Tenusu Pengguna, Dutch Lady Malaysia, Ramjeet Kaur Virik. “Adalah penting bagi ibu bapa dan jurulatih untuk memahami manfaat kesihatan pemakanan tenusu dalam penyediaan nutrien seperti protein susu dalam usaha membina atlet muda yang kuat dan menunjukkan prestasi optimum dalam bersukan.”

Brogdon berada di tempat ke-36 secara keseluruhan oleh Milwaukee Bucks pada 2016 NBA Draft dan dinobatkan sebagai Rookie of the Year dan All-Rookie First Team pada tahun 2017. Brogdon menyumbang 13 mata, 3.3 rebound, dan 3.2 assist per game musim ini.

Jr. NBA, liga penyertaan program bola keranjang belia global bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan, mengajar kemahiran asas serta nilai teras permainan di peringkat akar umbi dalam usaha membantu mengembang dan meningkatkan pengalaman sukan bola keranjang belia untuk pemain, jurulatih dan ibu bapa. Ketika musim 2017-18, NBA akan mencapai lebih daripada 26 juta belia dari 71 negara melalui pelbagai kem, klinik, cabaran kemahiran, pertandingan liga dan acara jangkauan.

Dutch Lady berkerjasama dengan program Jr. NBA sebagai sebahagian daripada kempen Drink, Move. Be Strong (DMBS) untuk membantu memupuk tabiat menjalani gaya hidup aktif dan mengikuti diet yang sihat untuk menyerlahkan pentingnya pemakanan susu dalam menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak Malaysia. Menurut Kajian Nutrisi Asia Tenggara (SEANUTS), 50 peratus daripada kanak-kanak Malaysia yang dikaji, didiagnosis mengalami kekurangan kalsium, dengan peratusan yang tinggi adalah kekurangan vitamin D walaupun cahaya matahari terik di Malaysia. Dutch Lady juga akan menganjurkan pelbagai aktiviti pendidikan di Klinik NBA Jr. akan datang untuk melibat dan mendidik anak-anak Malaysia mengenai pentingnya pengambilan susu sebagai sumber penting protein dan kalsium, dalam menangani kebimbangan kekurangan pemakanan di kalangan kanak-kanak Malaysia .

Selain rakan kerjasama Dutch Lady, acara ini disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, rakan kongsi rasmi Gatorade, Spalding dan Westports Dragons. Astro adalah rakan penyiaran rasmi Jr NBA di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web rasmi di www.jrnba.asia/malaysia dan ikuti Jr NBA di Facebook www.facebook.com/jrnbamalaysia. Untuk semua perkara mengenai NBA, lawati www.nba.com dan akaun rasmi ‘rakan’ NBA di LINE dengan menambah @nba_global.