Connect with:




Aksi pembukaan Kejohanan Hoki Terbuka Antarabangsa Darwin menyaksikan skuad hoki Malaysian Tigers bermula dengan langkah hambar selepas tewas 2-5 kepada tuan rumah, Australia, semalam.

Memetik akhbar Utusan, penolong ketua jurulatih hoki negara, Muhammad Amin Rahim menyifatkan anak buahnya banyak melakukan kesilapan melepaskan beberapa peluang untuk menjaringkan gol.

“Keputusan akan menjadi lebih baik jika pemain kurang membuat kesilapan. Banyak peluang yang ada selain daripada dua gol yang kita jaringkan.

“Esok kita akan bertemu Jepun dan yang pasti ini merupakan saat yang ditunggu pemain setelah kalah kepad mereka dalam Sukan Asia baru-baru ini,” katanya.

Difahamkan, Malaysia bakal menamatkan pusingan awal berdepan juara Olimpik, Argentina setelah menentang Jepun pada Jumaat ini.

Sementara itu, kejohanan tersebut mempamerkan sebanyak empaktnegara yang terlibat iaitu Malaysia, Jepun, Argentina dan Australia selaku tuan rumah bermula semalam sehingga 22 September ini.

Foto Kredit: Malaysian Hockey Confederation