Connect with:




Laluan mudah diterima buat skuad Malaysian Tigers dalam undian Siri Final Hoki Dunia yang akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada April tahun depan.

Kejohanan yang merupakan salah satu peringkat kelayakan Sukan Olimpik 2020 ini menyaksikan skuad hoki negara bakal menyahut cabaran China, Kanada, Austria, Itali, Brazil,Wales dan Vanuatu dalam misi mereka ke Tokyo.

Lebih teruja, kejohanan berkenaan turut menawarkan dua slot automatik iaitu juara dan naib juara, untuk layak ke peringkat kelayakan akhir Sukan Olimpik 2020.

Dalam perkembangan lain, kegembiraan terpahat buat skuad hoki negara apabila menempah tempat ke pentas separuh akhir Trofi Juara-Juara Asia (ACT) selepas Malaysia dilihat seri tanpa jaringan menentang juara bertahan, India pada aksi keempat awal pagi semalam.

Meskipun berbaki satu perlawanan dalam saingan pusingan robin di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, Muscat, Oman, Speedy Tigers tampak selesa mengekalkan rekod tanpa kalah daripada empat perlawanan setakat ini.

Roelant Olthmans selaku ketua jurulatih menegaskan aspek penguasaan perlawanan perlu digilap lagi menjelang aksi terakhir pusingan robin mnentang Pakistan pada malam ini.

“Para pemain kelihatan berdisiplin dan tidak penat untuk menutup ruang kepada India yang sudah mencetak 23 gol dalam kejohanan ini. Saya bangga dengan semangat beprasukan yang dipamerkan mereka.

“Selepas diberikan tempoh rehat selama sehari, saya inginkan persembahan yang terbaik dari semua aspek perlawanan untuk menang dalam aksi seterusnya,” katanya.

Foto Kredit: Malaysian Hockey Confederation