Malaysia Tigers mara ke separuh akhir Badminton Piala Axiata apabila menumpaskan Thailand dengan keputusan 3-0 dalam peringkat kumpulan di Stadium Cheras, semalam.

Foto : ArepKULAL /AXIATA/TSA

Perseorangan pertama, Muhammad Hafiz Hashim berjaya mengutip mata pertama dengan mengalahkan Boonsak Ponsana dengan 21-19, 21-16.

Foto : ArepKULAL /AXIATA/TSA

Mata kedua dikutip apabila beregu Koo Kien Keat/Tan Boon Heong menumpaskan Maneepong Jongjit/Patiphat Chalardchalaem dengan 25-27, 21-9, 21-16.

Foto : ArepKULAL /AXIATA/TSA

Perseorangan kedua,  Liew Daren menjadikan 3-0 apabila mengalahkan Suppanyu Avihingsanon dengan 21-14, 21-18.

Sementara itu di Jakarta, Malaysia Leopards turut layak ke separuh akhir namun ditentang hebat oleh Vietnam.

Malaysia kehilangan mata pertama apabila Misbun Ramdan Misbun tewas kepada pemain ranking 12 dunia, Nguyen Tien Minh dengan 10-21, 15-21.

Ow Yao Han/Chooi Kah Meng memberi mata pertama untuk Malaysia Leopards dengan mengalahkan Bui Bang Duc/Dao Manh Thang 21-8  21-8.
Zulfadli Zulkifli menyelamatkan maruah pasukan dengan mendapat mata kemenangan namun ditentang hebat Nguyen Hoang Nam sebelum menang dengan  21-19  16-21  21-14