Kontinjen Malaysia sasar 36 pingat emas

 

36 pingat emas!

Itulah sasaran kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Universiti Asean (AUG) di Laos yang akan berlangsung 12 hingga 22 Disember ini.

Ketua Kontinjen Malaysia, Profesor Dr Yahaya Ibrahim berkata seramai 306 atlet akan menyertai temasya dwitahunan itu melibatkan 18 jenis sukan termasuk acara baru memanah, terjun, sukan tempur dan muay Thai.

“Olahraga, memanah, renang dan terjun dijangka akan menjadi penyumbang utama untuk kontingen negara.

“Jadi saya rasa sasaran 36 pingat emas ini tidaklah mustahil untuk dicapai” kata Dr Yahaya kepada pemberita selepas mesyuarat bersama wakil pasukan di Putrajaya pada Rabu.

Dalam perkembangan lain, mesyuarat turut memutuskan penerjun kebangsaan, Leong Mun Yee akan dipilih sebagai pembawa bendera pada upacaya pembukaan kejohanan.

“Mengambil kira ini penyertaan terakhir Mun Yee dalam temasya AUG ini kerana faktor usia, kitta memberi penghormatan kepadanya pada edisi kali ini” kata Dr Yahaya lagi.

Pada AUG 2010 di Chiang Mai, Thailand, kontinjen negara berjaya meraih 37 emas, 36 perak dan 44 gangsa untuk berada ditempat ketiga keseluruhan dibelakang Thailand dan Indonesia.