Connect with:




Malaysia telah menghantar bidaan untuk menganjurkan hoki Piala Dunia lelaki kepada Persekutuan Hoki Antarabangsa (IHF) dan bakal bersaing dengan 3 pembida yang lain.

Laporan New Strait Times hari ini menyebut selain Malaysia, tiga negara lain yang turut disenaraikan sebagai pembida ialah India, Jerman dan Sepanyol.

Menurut Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Subahan Kamal, Stadium Hoki nasional Bukit Jalil akan menjadi venue utama sekiranya bidaan tersebut berjaya.

“FIH sangat berpuas hati dengan cara KHM dalam menganjurkan pertandingan-pertandingan antarabangsa. Jadi saya rasa kita ada peluang besar untuk memenangi bidaan ini” jelas Subahan.

FIH menawarkan dua tarikh untuk penganjuran Piala Dunia ini iaitu sama ada pada Julai 2022 atau Januari 2023. Malaysia telah menghantar bidaan untuk menganjurkan pada tahun 2022.

Malaysia juga dilaporkan telah menghantar bidaan hoki Piala Dunia wanita namun tidak dipilih FIH sebagai senarai akhir.

Kali terakhir Malaysia menganjurkan hoki Piala Dunia adalah pada tahun 2002. Malaysia juga pernah menjadi tuan rumah pada tahun 1975.