Safee Sali Melakukan Rembatan Ke Arah Gawang Bangladesh

 

Bukan sesuatu yang meyakinkan.

Itulah yang dapat digambarkan selepas skuad Harimau Malaya sekadar seri 1-1 dalam perlawanan persahabatan terakhir menjelang sepak mula Piala AFF Suzuki 2012, Ahad ini yang hanya berbaki 4 hari sahaja lagi.

Anak buah K.Rajagopal pada mulanya menunjukkan sedikit peningkatan dari corak serangan pada awal permainan namun hanya pada minit ke-21, gol berjaya dijaringkan menerusi tandukan Khyriil Muhymeen.

Namun Malaysia bagaimanapun gagal menambah lagi jumlah jaringan untuk membawa keputusan 1-0 ini ke separuh masa kedua.

Matyo Kurang Meyakinkan

 

Rajagobal seterusnya membuat beberapa pertukaran termasuk menggantikan Mohd Safee Mohd Sali dan Norshahrul Idlan Talaha dengan Mohamad Zaquan Abdul Radzak dan Baddrol Bakhtiar di bahagian serangan.

Percaturan tersebut gagal membuahkan hasil dengan jentera serangan gagal menambah lagi gol walaupon beraksi lebih seorang pemain selepas Bangladesh kehilangan Pronotosh Kumer  yang dibuang padang pada minit ke-78.

Farizal Marlias Tertewas Dengan Penalti Bangladesh

 

Bangladesh akhirnya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti  Md Jahid Hasan Ameli pada minit ke- 82 selepas Mithun Chowdhry dijatuhkan oleh pemain pertahanan negara, Irwan Fadzli Idrus.

Keputusan seri 1-1 ini kekal sehingga tamat perlawanan.

Selepas perlawanan, Rajagobal nyata tidak dapat menyembunyikan kekecewaan terhadap aksi anak buahnya yang gagal menyempurnakan peluang yang terhidang.

“Separuh masa pertama kita memiliki banyak peluang namun hanya satu sahaja berjaya disudahkan. Kita patut mendahului 2-0 pada masa itu.

“Saya perlu memberi peluang kepada pemain-pemain lain untuk beraksi dan itulah sebabnya saya melakukan beberapa pertukaran dibabak kedua” jelas Rajagobal.

Rajagobal juga turut memanggil semula Azamuddin Akil bagi menggantikan Zaquan Adha yang cedera.

Sementara itu, jurulatih Bangladesh,  A.K.M Saiful Bari  nyata gembira dengan persembahan anak buahnya dalam perlawanan ini.

“Pemain saya bermain dengan baik malam ini. Walaupon beraksi 10 main, mereka tetap bersungguh-sungguh dan tidak berputus asa” katanya.

Malaysia akan memulakan cabaran Piala AFF 2012 pada Ahad ini dengan menentang Singapura sebelum bertemu Laos pada 28 November dan Indonesia pada 1 Disember.