Connect with:




Skuad hoki negara bakal berdepan cabaran besar di Sukan Komanwel apabila bakal beraksi dalam perlawanan pertama Kumpulan B menentang England pada Jumaat ini.

Namun begitu, menurut jurulatih hoki negara, Stephen Van Huizen berpendapat bahawa skuad kebangsaan mampu menumpaskan England berdasarkan prestasi semasa yang ditunjukkan anak buahnya.

Keyakinan itu juga dizahirkan apabila anak buahnya mempamerkan aksi terbaik ketika tiga perlawanan persahabatan disini dan ia memberi petunjuk yang baik bahawa skuad negara sudah bersedia untuk turun beraksi.

“Tiada seorang pemain pun yang cedera setakat ini dan ini satu berita yang menggembirakan.

“Dari aksi persahabatan, saya banyak melihat ianya banyak membantu pemain dari segi meningkatkan kecergasan dan dapat memberi peluang kepada skuad negara mencuba gandingan dan strategi baharu,” katanya.

Pasukan lain yang turut berada dalam Kumpulan B selain Malaysia dan England adalah juara Asia, India, termasuk Pakistan dan Wales.

Sementara itu, Australia yang merupakan juara bertahan Sukan Komanwel bagaimanapun berada dalam Kumpulan A bersama New Zealand, Scotland, Kanada dan Afrika Selatan.

Jadual skuad hoki negara di Sukan Komanwel 2018

Terdahulu dalam dua aksi persahabatan menentang Institut New South Wales pada 29 dan 31 Mac lalu, skuad negara menang 4-2 dan 5-2 dan hari ini kali pertama mereka diuji skuad Australia.

Foto Kredit: Malaysia Hockey Confederation