Malaysia Leopards tewas 0-3 kepada Indonesia Rajawali dalam separuh akhir pusingan pertama Kejohanan Piala Axiata di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur hari ini.

Pertemuan perlawanan pertama menemukan anak kepada dua bekas pemain badminton kedua-dua negara iaitu Misbun Sidek dan Icuk Sugiarto. Anak Misbun, Misbun Ramdan tewas kepada Tommy Sugiarto dengan 21-17, 21-16

Di dalam acara beregu, pasangan Malaysia Teo Ee Yi/Nelson Heg Wei Keat tewas kepada Alvent Yulianto Chandra/Hendra Aprida Gunawan dengan 21-15, 22-20

Harapan untuk memungut sebarang mata berkecai apabila perseorang kedua Malaysia Leopards, Zulfadli Zulkifli tewas mudah kepada Hayon Rumbaka dengan 21-11, 21-4

Separuh akhir kedua akan berlangsung esok di Arena Sukan Britama, Jakarta manakala satu lagi separuh diantara Malaysia Tigers menentang Indonesia Garuda akan diadakan di Kuala Lumpur.