Hasrat Malaysia untuk kembali beraksi di dalam Divisyen  1 tahun depan musnah apabila kecundang di tangan pasukan Thailand 22 – 19 dalam aksi  final Divisyen 2 Kejohanan Ragbi 5 Negara Asia di Stadium Petaling Jaya, semalam.

Malaysia bermula baik apabila Zulkifli Azmi berjaya menyempurnakan tendangan penalti dan sekali lagi berjaya melakukan sepakan penalti pada minit ke 25.

Tersentak dengan jaringan awal oleh tuan rumah, Thailand mula melakukan serangan ke pihak lawan dengan banyak menggunakan pemain forward. Kesalahan pemain malaysia apabila melakukan offsaid telah memberikan sepakan 4 sepakan penalti untuk pasukan Thailand. Peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Worongkorn Kumkoet dan berjaya menjarakkan kedudukan kepada 12-6.

Pada penghujung separuh masa pertama, pasukan Malaysia kehilangan dua pemain yang membawa impak pasukan iaitu winger, Badrul Musa yang bermain dengan agak cemerlang  terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan serta pemain import naturalisasi, Kini Rosolosolo yang menerima kad merah apabila melakukan kekasaran ke atas pemain Thailand ketika permainan dihentikan seketika. Separuh masa pertama tamat dengan Thailand mendahului 12-6.

Bersambung babak kedua Malaysia yang bermain dengan kekurangan seorang pemain bermula garang dengan melakukan asakan ke pihak lawan. Larian Dinesh dari tengah padang hampir berjaya untuk melakukan try  namun berjaya dihalang oleh pemain Thailand.

Sejurus selepas itu Malaysia berjaya mendapat 7 mata untuk kembali di hadapan apabila Timoci Nacocula dan Zulkifli Azmi berjaya mendapatkan try dan conversation.  Walaupun Malaysia bermain dengan kekurangan seorang pemain namun mereka tidak mudah berputus asa dan kesungguhan itu terbukti apabila Malaysia menambah 3 mata lagi daripada tendangan penalti Zukifli Azmi.

Kedua-dua pasukan bersungguh-sungguh untuk mecari mata demi mata dan pada minit ke-65, Thailand merapatkan jurang mata 15 -19 hasil tambahan 3 mata melalui sepakan penalti.

Malaysia yang sudah hampir berjaya kembali ke Divisyen 1 tahun hadapan musnah apabila sepakan yang dilakukan oleh Mohd Razif untuk mengeluarkan dari kawasan Malaysia berjaya ditepis oleh pemain Thailand dan try berjaya dilakukan serta conversion. 7 mata itu berjaya membantu Thailand mendahului Malaysia di hadapan dengan 22-19.

Malaysia cuba melakukan serangan demi serangan demi serangan dan memperolehi sepakan penalti namun sepakan tersebut gagal dilakukan. Kontroversi melanda apabila try yang dilakukan oleh Timoci Nacocula pada minit-minit terakhir perlawanan tidak dikira apabila bola itu dikatakan berada di atas tangan pemain Thailand.

Jurulatih Malaysia, Boon Hoon Chee bangga dengan corak permainan dan komitmen yang ditunjukkan oleh pemain walaupun bermain dengan kekurangan seorang pemain.

“Disebabkan kesilapan mudah dan terlalu yakin membuatkan kami kalah. Thailand juga bermain lebih baik daripada perlawanan sebelum ini.

Saya agak kecewa dengan kekalahan ini bersasarkan persiapan rapi yang dilakukan tetapi itulah adat permainan. Ada yang menang dan ada yang kalah. Saya juga kecewa try yang dilakukan oleh pemain Malaysia tidak dikira kerana dilindungi oleh pemain Thailand. Mungkin jika ada rakaman video, try itu akan dikira,”  tambah Hoon Chee lagi.