Prestasi yang konsisten ditunjukkan skuad boling padang negara apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan Boling Padang Asia ke-12 di New Delhi,India semalam.

Rentak cemerlang di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 diteruskan dengan skuad negara berjaya mengumpul lima pingat emas, satu perak dan dua gangsa.

Perseorangan lelaki dan beregu wanita menambah dua pingat emas semalam selepas kejayaan skuad negara mengaut tiga pingat emas pada Jumaat lalu.

Beregu wanita negara, Siti Zalina Ahmad dan Auni Fathiah Kamis berjaya merangkul pingat emas selepas menewaskan Singapura, Shermeen Lim dan Tammy Tham dengan 18-3.

Kejayaan skuad perseorangan lelaki dan wanita menghadiahkan pingat emas membuktikan bahawa skuad negara bukan senang untuk dikalahkan.

Mohamed Soufi Rusli menewaskan Cheung Chi Hing dari Hong Kong dengan 21-11, manakala Siti Zalina Ahmad menewaskan pencabar Singapura,21-14.

Kemenangan itu merupakan kemenangan ke-10 buat Siti Zalina.

Sementara itu, skuad triples negara, Nur Ain Nabilah Tarmizi,Azlina Arshad dan Zuraini Khalid terpaksa akur dengan kekalahan mereka kepada pasukan tuan rumah India dengan mata 11-20, manakala pasukan fours lelaki hanya meraih pingat gangsa.

Foto Kredit: Asiana.MY