Connect with:




Undian acara bolasepak Suka SEA 2019 di Manila bakal menyaksikan skuad negara diundi dalam kumpulan A sekaligus mengelakkan kumpulan B yang dianggap sebagai kumpulan maut.

Diterajui tuan rumah iaitu Filipina, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee juga bakal berdepan dengan cabaran dari Kemboja, Myanmar dan Timor Leste.

Berdasarkan undian tersebut, Kim Swee boleh menarik nafas lega seketika dengan rata-rata pemerhati bersetuju menyatakan Malaysia sangat berpeluang cerah untuk mara ke separuh akhir.

Kumpulan B pula menyaksikan juara bertahan, Thailand berdepan saingat sengit daripada beberapa pasukan utama lain seperti Indonesia, Singapura, Vietnam selain Laos dan Brunei.

Sementara itu, dalam acara wanita pula, hanya enam pasukan mengambil bahagian. Skuad negara yang dilatih Jacob Joseph akan bertemu Filipina dan Myanmar dalam kumpulan A sementara kumpulan B pula dibarisi Thailand, Vietnam dan Indonesia.