Connect with:




Malaysia menyasarkan sekurangnya dua kejuaraan dalam Kejohanan Badminton Para Dunia 2017 yang akan berlangsung di Korea Selatan yang bermula pada Rabu ini.

 

Bagi acara SU5 (kecacatan anggota badan atas), Cheah Liek Hou dan SS6 (masalah ketinggian), Didin Terasoh akan menjadi pemain utama untuk mengekalkan kejuaraan dalam kejohanan.

 

Malaysia juga antara negara yang digeruni dalam acara badminton para dunia, kerana banyak kejuaraan yang dimiliki hadir dari pemaian Malaysia.

 

Berikut adalah acara yang dipertandingkan dalam badminton para;

 

  1. Wheelchair 1 (WH1).
  • Pemain bagi acara ini memerlukan pemain bermain dengan kerusi roda untuk bermain badminton. Para pemain dalam acara ini biasanya mempunyai gangguan anggota badan dari pinggang ke kaki.

 

  1. Wheelchair (WH2).
  • Pemain dalam acara ini biasanya mengalami kerosakkan dalam satu atau kedua-dua anggota bawah sahaja.

 

  1. Standing Lower (SL3).
  • Dalam acara ini, pemain dikehendaki bermain dalam keadaan berdiri, di mana kecacatan dilihat dari segi permasalahan untuk berdiri dan berjalan kaki.

 

  1. Standing Lower (SL4).
  • Pemain perlu bermain dalam keadaan berdiri, pemain juga biasanya mengalami kecacatan dalam satu atau kedua-dua anggota bawah, serta mempunyai masalah imbangan badan.

 

  1. Standing Upper (SU5).
  • Pemain dalam kelas ini mempunyai masalah dalam penurunan dalam anggota badan mereka.

 

  1. Short Stature (SS6).
  • Pemain dalam acara ini biasanya pemain mempunyai masalah ketinggian atau lebih dikenali sebagai pemain kerdil.

Foto Kredit: Sports247