Connect with:




Skuad hoki negara memulakan kempen memburu pingat di Sukan Komanwel Gold Coast dengan langkah kiri apabila dibelasah England 0-7 dalam saingan peringkat B di Stadium Hoki Gold Coast, hari ini.

England tidak perlu menunggu lama untuk merobek gawang Malaysia apabila Sam Ward menjaringkan gol pada minit ke-14 dan minit ke-20.

Selang seminit, David Goodfield menambah derita Malaysia dengan gol ketiga sebelum Mark Gleghorne melebarkan jurang dengan gol keempat dan kelima masing-masing pada minit ke-27 dan ke-53.

Harry Martin dan Philip Roper juga tidak ketinggalan untuk menyumbang gol masing-masing pada minit ke-49 dan ke-59 untuk melangkapkan malam pesta buat England.

Malaysia akan bertemu Wales di gelanggang yang sama dan sasaran adalah untuk mengutip mata bagi mencerahkan peluang ke pusingan seterusnya.

Sumber : Harian Metro

Foto Kredit : malaysianhockeyfederation