Safee Sali tamatkan kemarau gol

 

Kontroversi yang melanda Safee Sali pada minggu lalu tidak menjejaskan persembahannya bersama skuad kebangsaan dengan penyerang Pelita Jaya itu membantu negara menumpaskan Hong Kong 3-0 pada satu perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Mong Kok.

Sebelum itu Safee dan rakan sepasukan gagal membutirkan sebarang gol pada separuh masa pertama. Namun anak-anak buah Rajagobal menampilkan aksi lebih bertenaga pada babak kedua dengan Safee akhirnya berjaya membuka jaringan menerusi rembatan kaki kiri pada minit ke-60.

Malaysia menambah gol kedua menerusi sepakan cantik Safiq Rahim pada minit ke 82. Ketika perlawanan dilihat berkesudahan 2-0, pemain gantian Fakri Saarani mengubah kedudukan menjadi 3-0 pada masa kecederaan selepas mendapat hantaran cantik Safiq yang juga berpunca dari sepakan percuma.

Selepas ini Harimau Malaya akan mempunyai 2 lagi perlawanan persahabatan menjelang Piala AFF nanti iaitu menentang Vietnam pada 3 November dan terbaru, menentang Thailand pada 7 November.