Peluncur ski dari Kanada, Chris Delbosco dikhuatiri mengalami kecederaan patah pelvis selepas terjatuh 30 meter dalam perlawanan “ski cross” Winter Olimpik yang berlangsung di Korea Selatan, semalam.

Menurut Global News, peluncur yang berusia 35 tahun itu tidak sengaja mempersembahkan lagak ngeri dimana dia telah membuat satu lompatan jauh dan tidak sempat untuk membetulkan posisinya semula sebelum melakukan pendaratan.

Ketika itu, Delbosco mendarat di atas pinggul kanannya sebelum tergelincir beberapa meter dan para pemain yang lain terus menamatkan perlawanan tersebut.

Seorang pegawai Kanada pada mulanya berkata pelvis Delbosco telah patah tetapi kemudian mendedahkan lebih banyak ujian perlu dilakukan.

Dalam satu insiden lain, Terence Tchiknavorian, pemain dari Perancis telah dibawa ke hospital disyaki tulang betis keringnya patah akibat melakukan lompatan jauh dalam acara yang sama.

Foto Kredit: Fox News

Insiden Chris Del Bosco terjatuh dalam acara ski cross men semalam