Skuad skuasy Malaysia yang bakal berentap bagi Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia akan berdepan dengan kekurangan pemain lelaki.

Hal ini kerana pemain skuasy lelaki negara, Mohd Nafiizwan Adnan terpaksa menarik diri daripada bermain atas sebab terlibat dalam kemalangan malam kelmarin.

Kecedaraan pada lutut kanan susulan insiden tersebut telah menyebabkan pemain pilihan kedua kejohanan itu menarik diri disaat akhir.

Beliau terlibat dalam kemalangan dengan sebuah teksi semasa menunggang motosikal berhampiran kediamannya di Sri Petaling.

Nafiizwan berasa kecewa kerana tidak dapat beraksi buat Malaysia.

Namun, Nafiizwan menganggap semuanya takdir yang sudah ditetapkan.

Sementara itu, pemeriksaan lanjut akan dilakukan di ISN (Institut Sukan Negara) bagi lutut kananya.

Tempat beliau diganti pemain wild card Muhammad Addeen Idrakie.- Bernama

Foto Kredit: Twitter KhairyKJ