Selepas gagal membawa Itali layak ke Piala Dunia 2018, Gianluigi Buffon dan Andrea Barzagli direhatkan oleh Juventus, namun malang masih menghantui mereka apabila ditundukkan Sampdoria 3-2 di laman Sampdoria sendiri.

 

Gol bagi Sampdoria dihasilkan oleh Duvan Zapata, Lucas Torreira dan Gian Marco Ferrari manakala bagi Juventus, jaringan dihasilkan oleh Paulo Dybala dan sepakan penalti berjaya disempurnakan oleh Gonzalo Higuain.

 

Logo Juventus

Anda perasan atau tidak, logo yang dikenakan bagi pasukan Juventus ini adalah Hitam dan Putih dari dulu sampai ke hari ini.

 

Foto Kredit: NUCS world

 

Jom kita kenali maksud logo Juventus yang sebelum-sebelum ini.

 

  1. Bentuk bujur.

Foto Kredit: NUCS World

 

  • Bentuk bujur ini membawa maksud perisai yang berbentuk bujur yang sering digunakan oleh pendeta Itali masa dahulu.

 

  1. Jalur hitam-putih.

Foto Kredit: NUCS World

 

  • Jalur hitam-puith ini sudah lama mereka gunapakai dalam logo mereka, sejak 1903 lagi mereka sudah menggunakan warna hitam-putih untuk pasukan juventus.
  • Hal ini juga sesuai dengan gelaran mereka adalah ‘Zebre’ yang membawa maksud Kuda Belang.

 

  1. Lengkungan emas.

Foto Kredit: NUCS World

 

  • Warna emas ini diilhamkan dari musim 2004-05 lagi.
  • Ianya membawa maksud kehormatan yang terdapat dalam pasukan Juventus.

 

  1. Bayangan haiwan.

Foto Kredit: NUCS World

 

  • Pada awal pembentukkan logo pasukan Juventus ini, mereka letakkan bayangan Kuda Belang, sebab itu mereka menerima jolokkan Zebre buat pasukan mereka.
  • Namun, ia sudah ditukar menjadi bayangan seekor lembu yang menunjukkan kekuatan buat pasukan mereka.

 

  1. Perisai hitam.

Foto Kredit: NUCS World

 

  • Bentuk perisai hitam ini diilhamkan dari kesatria Juventus pada masa dahulu menggunakan perisai untuk mempertahankan negara mereka.
  • Elemen ini diterapkan dalam pasukan dimana Juventus melahirkan pemain pertahanan yang kental dan sukar untuk dibolosi.

 

6. Mahkota

Foto Kredit: NUCS World

  • Jika dilihat seimbas pasti kita akan berfikir bayangan yang berada di atas logo Juventus adalah sebuah Mahkota kerana jolokkan mereka juga adalah The Old Lady untuk mengingati kota Torino sebagai pusat pemerintahan di Itali.
  • Namun, anggapan kita selama ini adalah salah sama sekali. Bentuk lakaran serupa mahkota ini membawa maksud, dinding dan menara yang banyak dibangunkan di Kota Torino suatu ketika dahulu.