Connect with:




Makantlon merupakan satu rancangan dari Dunia Sukan yang melibatkan atlet-atlet terkemuka negara dan juga youtubers di Malaysia. Rancangan yang di bawakan oleh Tesco ini akan disiarkan di Channel youtube Dunia Sukan. Selain Itu, rancangan yang mempunyai enam episode ini melakukan pengambarannya di Restoran Sympony by Chef Joe yang terletak di Damansara City Mall.

Rancangan Makanthlon yang di arahkan oleh Ali Iskandar selaku Pengarah dan Producer bersama Khairil Azman menampilkan  enam atlet negara iaitu Niena Azman, Nadia Zuki, Intan Serah, Sazali Samad, Shalin Zulkifli, An Najwa dan Fariha untuk menentang tujuh orang youtubers.

7 Youtubers tersebut adalah Sterk Production, Ain Edruce, Pak Duan, Shazz Zainuddin, Haiqal Thinker Studio dan Papa Anas.

Rancangan ini mempunyai tiga segmen dimana segmen yang pertama akan mengadakan temubual atlet bersama Youtubers. Segmen kedua pula atlet dan youtubers akan diberikan cabaran dan akan masak makanan istimewa (signature) dari restoran yang diberi oleh Chef Joe.

Selepas itu mereka akan mula memperagaka  bakat memasak di dapur. Segmen yang terakhir menyakdikan makanan mereka akan dinilai sendiri oleh Chef Joe.

Southern Cressent, Kaki Jersi dan juga Dah Makan juga adalah penganjur program ini bersama-sama Tesco selaku penaja utama. Rancangan ini juga dilakukan oleh production Whitebox Studio, yang pernah melakukan rancangan Gayat Wei dan juga Vokalimpik sebelum ini.

Jangan lupa saksikan Rancangan Makanthlon pada hari sabtu jam 9:30 pagi dan jangan lupa juga subscribe youtube Dunia Sukan.