Connect with:




Episod 3 Program Makanthlon yang dibawakan khas oleh Tesco menampilkan Shazz Zainuddin dan jaguh bina badan Negara, Sazali Abd Samad. Seperti biasa, had masa sebanyak 30 minit diberikan kepada kedua-dua tetamu jemputan untuk menyediakan menu makanan Symphony Caesar Salad daripada Symphony by Chef Jo.

Sebaik sahaja masa yang diberikan untuk memasak bermula, Shazz Zainuddin tidak menunggu lama untuk melancarkan perang psikologi terhadap lawannya Sazali Samad. Berhadapan dengan jaguh bina badan yang mempunyai tubuh badan sasa tidak sikitpun menakutkan Shazz yang terus menerus melancarkan perang saraf bagi mengganggu konsentrasi Sazali Samad.  Namun, pengalaman luas dibidang sukan memberi kelebihan kepada Sazali Samad yang tenang menyediakan hidangannya disebalik serangan psikologi oleh Shazz.

Keadaan didapur bertambah panas dengan kemunculan Chef Jo. Saksikan gelagat mencuit hati kedua-dua tetamu apabila diberikan teguran pedas dan tunjuk ajar oleh Chef Jo dalam memastikan kedua tetamu menyediakan makanan dengan teknik yang betul.

Menu masakan siapakah yang menjadi pilihan oleh Chef Jo untuk memenangi cabaran memasak pada episod ketiga kali ini? Adakah masakan daripada Shazz Zainuddin yang kerap kali diberi teguran pedas oleh Chef Jo? Atau masakan daripada otot-otot sado Sazali Samad? Saksikan program Makanthlon Episod 3 di Youtube Channel Dunia Sukan.

Program Makanthlon dibawakan khas oleh Tesco dan dibawakan bersama oleh Symphony by Chef Jo, Kaki Jersi dan juga Southern Crescent. Jangan ketinggalan untuk memperoleh peluang memenangi hadiah berupa barangan elektrik dan kelengkapan dapur daripada Tesco. Cara-cara untuk memenanginya anda boleh dapatkan di dalam program Makanthlon tersebut.