Connect with:




Episod 2 Makanthlon menampilkan bintang muda futsal negara iaitu Intan Sarah Anisah Zulgafli atau lebih dikenali sebagai Intan Serah bersama-sama dengan wakil duo daripada Sterk Production iaitu Mirol Sabirin dan Amirul Acap. Mereka dikehendaki menyediakan menu yang menjadi salah satu pilihan utama pelanggan di Symphony by Chef Jo iaitu Pitzaal Chicken Marmite.

Seperti biasa, had masa sebanyak 30 minit diberikan untuk menyediakan Pitzaal Chicken Marmite, pertarungan episode ke-2 kali ini merupakan pertarungan “handicapped match 2 lawan 1”. Pelbagai gelagat kelakar dan pecah perut daripada ketiga-tiga tetamu jemputan ketika segmen penyediaan menu.

Dengan pengalaman yang hebat memasak kari, tom yam, ayam, asam laksa yang kesemuanya merupakan Hot Cup, Intan Serah begitu confident sehingga banjir dapur Chef Jo dibuatnya ketika penyediaan dough. Amirul Acap pula bengang dengan tag teamnya Mirol Sabirin yang seingkali berada dan membantu pihak lawan.

Ternyata gelagat ketiga-tiga mereka yang jarang sekali masuk ke dapur begitu mencuit hati.

Walaubagaimanapun, dengan adanya Chef terkemuka Negara, Chef Johari Edrus yang memberi tunjuk ajar beserta nasihat dan teguran yang pedas kepada tetamu membolehkan mereka berjaya menyiapkan menu tersebut dalam waktu yang ditetapkan. Bagi mengetahui hidangan siapa yang akan dipilih oleh Chef Jo menjadi pemenang bagi episod ke-2, saksikan episod penuh Makanthlon di Youtube Channel Dunia Sukan.

Untuk makluman anda, Program Makanthlon ini dibawakan khas oleh Tesco selaku penaja utama  bersama-sama penaja lain iaitu Symphony by Chef Jo, Kaki Jersi dan juga Southern Crescent.

Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah berupa barangan elektrik dan kelengkapan dapur daripada Tesco dalam peraduan program Makanthlon. Cara-cara untuk memenanginya anda boleh dapatkan di dalam program Makanthlon tersebut.