Connect with:




Setelah beberapa minggu berehat, Dunia Sukan kini kembali dengan program terbaru iaitu Makanthlon yang dibawakan khas oleh Tesco. Program berbentuk hiburan masakan ini kan menampilkan 2 tetamu undangan yang terdiri daripada atlet negara dan Youtubers Malayaia yang bakal beraksi setiap minggu di dapur.

Kedua-dua tetamu tersebut akan diberikan cabaran untuk menyediakan masakan yang terdiri daripada menu pilihan di Restoran Symphony by Chef Jo. Had masa yang diberikan untuk penyediaan menu tersebut adalah selama 30 minit.

Episod 1 menampilkan Penjaga Gol Futsal Malaysia iaitu Niena Azman berentap dengan wakil Youtubers popular, Ain Indruce dalam menghasilkan menu yang ditetapkan oleh Dunia Sukan. Ternyata, episod sulung kali ini mempamerkan sisi keberanian dan kemahiran mereka dalam memasak masakan ‘pelik’ tetapi sedap iaitu Spicy Chocolate Seafood Pasta. Lebih istimewa, penampilan khas oleh Chef terkemuka Malaysia iaitu Chef Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Chef Jo yang pernah mengadili rancangan masakan terulung di Malaysia iaitu MASTERCHEF.

Dalam rancangan Makanthlon, beliau turut memegang peranan yang sama dimana Chef Jo akan memberikan tunjuk ajar kepada tetamu jemputan dan sebagai penilai bagi hidangan tetamu jemputan. Diakhir rancangan, hidangan manakah yang sanggup dibayar Chef Jo dan hidangan siapakah yang diberi komen pedas seperti mee hailam Chow Kit?

Padat dengan aksi gelak sampai muntah, gelagat Ain Edruce yang bising dan Niena Azman yang suka memasak untuk sekampung pasti menghiburkan para penonton. Saksikan program Makanthlon Episod 1 di Youtube Channel Dunia Sukan dan episode seterusnya akan dipaparkan pada hari Sabtu jam 10.00 pagi.

Program Makanthlon ini dibawakan khas oleh Tesco dan dijayakan bersama oleh Symphony by Chef Jo, Kaki Jersi dan juga Southern Crescent.

*Rebut peluang anda untuk memenangi hadiah lumayan berupa barangan elektik dan kelengkapan barangan dapur yang ditaja Tesco Malaysia. Ketahui cara dan langkah yang mudah untuk anda sertai menerusi program Makanthlon di Youtube.