Connect with:




Permainan dalam talian popular, PlayerUnkown’s Battlegrounds (PUBG) telah difatwakan haram oleh Majlis Ulama Acheh (MPU) selepas didapati kandungan permainan tersebut telah meburukkan imej Islam.

PUBG sebelum ini telah diharamkan di Iiraq, Nepal dan Gujerat di India kerana dikhuatiri menghasut keganasan.

Timbalan Pengerusi MPU, Faisal Ali memberitahu selain menghina Islam, PUBG juga memberi pengaruh buruk kepada pemainnya termasuk menjadikan seseorang itu panas baran dan menyebabkan ketagihan.

MPU juga bersedia untuk membawa fatwa tersebut kepada kerajaan tempatan bagi menguatkuasakan larangan di kalangan orang awam.

“Pengharaman ini wajar disokong semua lapisan masyarakat termasuk kerajaan, ibu bapa dan penyedia internet” kata Faisal, dipetik dari laman berita Kompas.

Sementara itu, fatwa pengharaman PUBG disambut pelbagai reaksi dari komuniti e-sukan di Acheh. Ada pengusaha kafe siber menyokong usaha tersebut namun ada juga yang masih hairan mengapa MPU mengeluarkan fatwa sedemikian.

“Kenapa hanya PUBG sahaja diharamkan sedangkan banyak lagi judul permainan First Person Shooter seperti FarCry, Counter Strike dan Point Blank?” kata Muhammad Habibi, seorang pemain PUBG di Acheh, dipetik dari media Kumparan.

Sebelum ini, gabernor Achech, Nova Iriansyah telah meminta MPU agar melakukan kajian terhadap PUBG yang dinilai memberi banyak keburukan kepada masyarakat.