Connect with:




Walaupun telah mengumumkan persaraannya sebagai pemain bolasepak profesional, lagenda Brazil, Ronaldinho tidak menolak untuk beraksi lagi kali ini di Liga Malaysia seandainya beliau diberikan peluang.
Ronaldinho berkata sedemikian ketika hadir dalam satu program untuk jelajah trofi Liga Juara-Juara Eropah di Kuala Lumpur.
Bekas bintang Barcelona, PSG dan AC Milan itu menambah, beliau sanggup beraksi tanpa bayaran sekalipun.
“Ini bukan gurauan. Saya sedia bermain di sini kerana saya suka bermain di negara yang sangat meminati bola sepak.
“Saya juga suka bermain di tempat yang dapat menerima saya dengan baik” katanya lagi.
Ronaldinho pernah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia 2004 dan 2005 selain pernah memenangi Liga Juara-Juara dan La Liga bersama Barcelona dan membantu Brazil merangkul gelaran Piala Dunia 2002 dan Piala Konfederasi 2005.