Connect with:




Kesibukan berkerja di dalam  pejabat dari 9 pagi hingga ke 5 petang tidak membataskan kita untuk menjalani gaya hidup sihat. Selain mengamalkan cara pemakanan yang betul, kita perlulah mengeluarkan peluh supaya badan kita bebas toksin dan membakar kalori yang ada.

Jika anda selalu ke gimnasium untuk beriadah, sudah semestinya anda perlu berada didalam keadaan bersedia sepenuhnya supaya anda tidak terbeban dengan kekangan jadual kerja anda. Jadi, anda perlu siapkan beberapa perkara supaya semuanya ada didalam beg anda.

1 – Botol air


Bagi mengelakkan dehidrasi ketika beriadah, anda perlu menyiapkan bekalan air secukupnya jadi pilihlah botol yang terbaik dan kuantiti air yang mencukupi buat anda.

2 – Tuala

Jika anda seorang yang menjaga kebersihan selepas bersenam dan perlu mandi di gim, anda mungkin perlu menyediakan tuala didalam bag anda bagi mengelakkan perkongsian tuala dengan orang lain. Selain itu, tuala kecil juga penting untuk disediakan sebagai persediaan untuk mengelap peluh ketika bersenam.

3 – Sepersalinan pakaian

Pilih fabrik pakaian yang sesuai untuk anda untuk  keselesaan anda ketika bersenam. Jangan pilih pakaian yang terlalu ketat supaya ruang pernafasan tidak terganggu sepanjang sesi gim. Kasut yang digunakan mestikan kasut sukan yang ringan dan tidak ketat supaya kaki anda tidak melecet. Jangan lupa bawa plastik kosong tau!

4 – Kudapan ringan

Buah-buahan, energy bar dan coklat boleh dimakan sebagai alas perut untuk memulakan senaman bagi memastikan anda mempunyai tenaga sepanjang berada di gim. Selain itu, buah pisang juga boleh digunakan untuk recovery tenaga anda selepas tamat sesi.

5 – Pemilihan beg

Pilihlah beg yang tahan lasak dan material pembuatannya sesuai dengan bersukan. Anda juga perlu memastikan beg itu mempunyai saiz yang besar supaya boleh memuatkan kesemua barangan keperluan anda ketika pergi ke gim.

Figos memperkenalkan beg serbaguna keluaran terbaharu yang mempunyai 2 pilihan warna menarik untuk anda. Selain itu, ianya juga mempunyai roda untuk menyenangkan pergerakan anda ketika menyeret menggunakan beg ini! Beg ini juga mempunyai zip yang tahan lasak supaya tidak mudah cepat rosak jika digunakan berulang kali. Sesuai digunakan ketika pergi gim ataupun menuju mana-mana venue sukan.

Untuk maklumat lanjut mengenai alatan kelengkapan, anda boleh ke laman web Figossport.com atau ke mana-mana laman media sosial Figos Sportwear.