Madrid Tewaskan Barcelona 2-0 untuk juarai Spanish Supercup 2017

Walaupun tanpa kelibat bintang mereka iaitu Cristiano Ronaldo, Real Madrid tetap gah menewaskan Barcelona pada final timbal balik kedua Spanish Supercup dengan jaringan 2-0,semalam.

Turun tanpa Ronaldo yang digantung 5 perlawanan akibat insiden menolak pengadil pada timbal balik pertama, Real Madrid membuka jaringan seawal minit ke-4 melalui satu rembatan kaki kiri cantik dari Marco Asensio.

Karim Benzema menambah agregat gol Real Madrid kepada 5-1 pada minit ke 38 setelah menyudahkan hantaran lintang daripada Marcelo dari sebelah kiri padang.

Kekalahan Barcelona ini menambah duka buat mereka setelah kehilangan bintang sensasi mereka ke PSG iaitu Neymar dengan yuran perpindahan rekod dunia bulan lepas.

Foto Kredit: Facebook Real Madrid