Connect with:




Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) telah membuat permohonan maaf ekoran isu kesilapan bendera yang telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia.

Dalam majlis pembukaan rasmi Kejohanan Lum Mun Chak kali ke-28 di Stadium MABA, Kuala Lumpur pada Isnin, visual bendera Malaysia dengan hanya 5 bucu bintang telah ditayangkan di skrin besar.

Perkara itu telah mendapat perhatian ramai sehingga tular di laman sosial dimana sebahagian besar menyifatkan kesilapan itu sangat tidak menghormati bendera negara selain tidak sensitif.

MABA juga dipersoal mengenai keupayan sebagai penganjur kerana boleh membenarkan kesilapan itu berlaku.

MABA dalam laman facebook dan instagram mereka telah mengeluarkan satu kenyataan memohon maaf atas kesilapan tersebut.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2732298023459341&id=209924825696686

Bagaimanapun rata-rata komen yang ditunjukkan menyifatkan kesilapan itu langsung tidak boleh dimaafkan serta permohonan maaf dari MABA itu tidak cukup serius.

Pada Ogos lepas, Sebanyak 69 laporan diterima berhubung isu jalur gemilang terbalik. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 501 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.