Bintang Liverpool, Mohamed Salah membuktikan dirinya paling berharga apabila muncul pemenang bagi Pemain Tahunan Terbaik Afrika yang berlangsung di Ghana awal pagi tadi.

 

Sebelum ini salah bermain untuk pasukan Chelsea dan dipinjamkan ke Fiorentina dan AS Roma kemudian Chelsea menjualnya ke AS Roma secara rasminya.

 

Dia (Salah) menunjukkan aksi yang memberangsangkan apabila Berjaya meledak sebanyak 29 gol dalam kempen Liga Itali membuatkan banyak pasukan Liga Perdana Inggeris mahukan khidmatnya bermain untuk pasukan mereka.

 

Dia yang turut mempamerkan aksi yang cemerlang di pasukan baharunya, Liverpool apabila Berjaya menjaringkan 17 gol buat masa ini dibelakang pendahulu penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris, Harry Kane.

 

Selain aksi cemerlang bersama Liverpool, tahun lalu Salah turut membantu Mesir muncul naib juara Piala Negara Afrika dan melangkah ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1990.

 

Rakan sepasukan Salah di Liverpool Sadio Mane dari Senegal, muncul pemain kedua terbaik Afrika manakala pemenang 2015 iaitu penyerang Gabon dan Borussia Dortmund Pierre-Emerick Aubameyang di tempat ketiga selepas senarai 30 pemain dikurangkan kepada tiga pemain terbaik.

 

Menurutnya, dengan penganugerahan yang diterima adalah semangat buatnya untuk terus mempamerkan aksi yang cemerlang di kelab mahupun ketika mewakili negara.

 

Foto:Liverpool FC