Connect with:




Penyerang bawah 19 kebangsaan, Luqman Hakim Shamsuddin bakal mengembangkan karier bolasepaknya ke Eropah dimana belliau bakal menandagangani kontrak 5 tahun bersama kepab Belgium, KV Kortrijk.

Perkara itu diumumkan oleh pemilik kelab yang juga tokoh perniagaan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan di Kuala Lumpur pada Jumaat.

“Sebelum ke Belgium, Luqman akan menjalani latihan bersama Cardiff City terlebih dahulu sehingga hari jadinya yang ke-18 iaitu pada Mac 2020” kata Vincent yang turut memilili kelab dari Wales ini.

Luqman akan menjadi pemain keempat dari Asia Tenggara yang beraksi di Belgium. Antara pemain dari Asia Tenggara yang beraksi di negara tersebut ialah penjaga gol Thailand, Kawin Tamsatchanan (OH Leuvren), Nguyen Cong Phuong dari Vietnam (Sint Truidense) dan pemain Indonesia, Firza Andika yang beraksi dengan kelab AFC Tubize.

Mengulas mengenai pemilihan Luqman, Vincent berkata pemain tersebut mempunyai kualiti hebat sebagai seorang penyerang berdasarkan prestasinya bersama pasukan NFDP dan skuad bawah 19 kebangsaan.

“Pengurusan kelab (KV Kortrijk) sendiri telah menyaksikan video cara permainan Luqman dan mereka berpandangan beliau ada potensi besar untuk menyinar di Eropah” kata Vincent.

Bagi Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq yang turut berada di majlis tersebut, beliau percaya pemergian Luqman ke Belgium akan membuka lembaran baharu dalam bolasepak Malaysia.

“Saya percaya Luqman akan kekal lama di Eropah, tidak seperti pemain-pemain sebelum ini kerana beliau bukan sahaja berbakat besar tetapi mempunyai semangat jati diri dan kuat serta keinginan yang tinggi untuk menjadi pemain terhebat” jelas Syed Saddiq.

Luqman yang berasal dari Kelantan mencuri tumpuan selepas menjadi penjaring terbanyak Kejohanan bawah 16 tahun Asia pada 2018 selain membantu skuad bawah 18 negara muncul naib juara AFF Bawah 18 Tahun di Vietnam baru-baru ini.