Connect with:




Inter Milan berminat untuk menandatangani pemain tengah Real Madrid, Luka Modric, yang sedang bercuti di Itali pada masa ini, lapor Daily Mail.

Dalam pada itu, Sky Italy memberitahu bahawa Inter Milan telah menghubungi ejen Modric mengenai perkara berkenaan.

Mereka sudah mempunyai tiga pemain Croatia – Marcelo Brozovic, Ivan Perisic dan pemian pinjaman, Sime Vrsaljko dari Atletico Madrid.

Berita itu datang beberapa minggu selepas bintang Madrid, Cristiano Ronaldo meninggalkan kelab itu untuk berpindah ke Juventus.

Modric turut dilaporkan bersikap terbuka untuk meninggalkan Real Madrid untuk berhijrah ke sana.

Bekas bintang Tottenham berusia 32 tahun itu mengetuai Croatia pada perlawanan akhir Piala Dunia di Rusia bulan lalu, dan memenangi anugerah Golden Ball dalam kejohanan berprestij itu.

Dia membuat 43 penampilan dalam Madrid pada musim lalu ketika mereka memenangi Liga Juara-Juara kali ketiga berturut-turut.

Sementara itu, Inter akan bermain dalam Liga Juara-Juara buat julung kali dalam enam tahun musim ini.

Foto Kredit: FB Luka Modric