Pengendali Lubnan, Miodrag Radulovic memberi amaran kepada skuad negara apabila berjaya membenamkan Hong Kong 2-0 pada aksi pembukaan Kumpulan B di tempat sendiri pada 28 Mac lula.

Radulovic turut menjelaskan bahawa tidak akan memberi laluan mudah kepada skuad Kebangsaan negara yang akan bertembung dengan Lubnan dalam kelayakan Piala Asia 2019 di Larkin, malam ini.

Tambah Radulovic, pasukannya telah melakukan persediaan yang cukup rapi bagi mengekalkan rekod kemenangan tanpa kalah pada Piala Asia ini.

“Seperti pasukan negara yang lain, kami juga berlatih pada waktu malam kerana ingin menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, terapi ia bukan satu masalah dan penghalang until kami.” Ujar Radulovic.

Untuk mengekalkan kecergasan setiap pemainnya, Radulovic telah mendapat cara untuk mengatasinya apabila membuat tiga kem latihan iaitu di Lubnan, Qatar dan Malaysia.

“Jika kami dapat mengulangi persembahan ketika mengalahkan Hong Kong, kami rasa ia tidak mustahil juga untuk mendapatkan sekali lagi pada malam ini.

“Apa pu, saya anggap seri dengan Malaysia merupakan satu keputusan yang bagus untuk kami,” ujar beliau.

Sumber: Sinar Harian