Connect with:




Kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid bersedia untuk bersaing dengan seterunya, Manchester United menandatangani pemain pertahanan Leicester City, Harry Maguire.

Dalam pada itu, Manchester United telah membentangkan tawaran untuk pmain antarabangsa England itu, tetapi skuad itu enggan memenuhi permintaannya yang inginkan sebanyak £ 80 juta.

Pengurus baru Real Madrid, Julen Lopetegui mencari seorang pemain yang dominan di udara dan percaya bahawa Maguire berusia 25 tahun itu sesuai untuk berada dalam kelabnya.

Sementara itu,  bagi pengurus Leicester pula, Claude Puel yakin  Harry Maguire akan kekal di kelab itu walaupun dia sedar  Manchester United dan Real Madrid sedang minat untuk mendapatkannya.

Foto Kredit: FB Harry Maguire