Los Angeles secara rasminya mengumumkan menjadi penganjur bagi Sukan Olimpik 2028 lepas setuju dengan perjanjian bersama pegawai temasya tersebut yang membuka laluan kepada Paris menjadi tuan rumah pada 2024.

“Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik Los Angeles dengan kerjasama Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), telah mengumumkan niat Los Angeles untuk  menganjurkan Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik pada 2028.

“Hal ini juga mendapat persetujuan dengan Kontrak Bandar Penganjur 2028,” kata jawatankuasa tawaran dalam satu kenyataan.

Los Angeles dan Paris bersaing untuk temasya 2024 dan pemenang akan diumumkan IOC pada 13 September ini di Lima.

Kemungkinan untuk Los Angeles mengabaikan bidaan 2024 dan terima penganjuran 2028 semakin dirasai sejak IOC ambil keputusan memberi hak penganjuran kedua-dua temasya pada mesyuarat di Lima.

Paris bertegas untuk menjadi penganjur pada tahun 2024 sempena ulang tahun yang ke-100 bandar itu menganjurkan Olimpik 1924.

Pegawai LA meletakkan bidaan sebanyak AS$5.3 bilion (RM22.69 bilion) untuk tahun 2024,  persetujuan dicapai menerusi pertimbangan kewangan yang mungkin perlukan tambahan empat tahun untuk dilaksanakan.