Connect with:




Sebanyak lapan buah negara akan mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga Piala Dunia Athletics yang akan diadakan di Stadium London pada 14 hingga 15 Julai 2018 ini.

Lapan buah negara yang akan mengambil bahagian seperti, Amerika Syarikat, Britain, Afrika Selatan, Poland, Perancis, China, jerman dan Jamaica.

Melihat negara yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini, sudah tentu ia akan menjanjikan satu persaingan yang sengit antara mereka untuk merebut kejuaraan setiap acara.

Pertandingan ini akan menawarkan hadiah kemenangan sebanyak $2m (£1.42m) kepada pemenang. Wang kemenangan ini datangnya dari hasil jualan tiket dan akan di bahagikan kepada pasukan mengikut anggaran yang berbeza.

Ia bermula dari $ 450,000 (£ 320,000) kepada pasukan pemenang hingga la tempat ke lapan juga menerima hampir 100,000 (£ 71,000).

Tarikh berlangsungnya kejohanan ini sama dengan satu lagi tarikh penting untuk masyarakat dunia iaitu tarikh perlawanan akhir Piala Dunia yang diadakan di Russia.

 

Kepada peminat olahraga, ini mungkin salah satu acara yang di tunggu-tunggu oleh peminat untuk melihat adakah Jamaica dapat menguasai acara kali ini atau akan ada pencabar lain merampas kejuaraan dari mereka.

Foto Kredit : enca(dot)com