Connect with:




Menjelang perlawanan pembukaan Liga Juara Juara Eropah Rabu ini, Pengendali Paris Saint Germain (PSG), Thomas Tuchel nyata menyedari kekuatan Liverpool yang akan menjadi lawan pertama skuad bimbingannya di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Bekas pengendali Borussia Dortmund itu yakin bahawa The Reds sememangnya menjadi pilihan untuk edisi kali tambah pula pasukan yang berpangkalan di Anfield itu berbelanja sakan pada jendela perpindahan yang lalu.

“Musim lalu mereka membuktikan bahawa mereka telah bersedia untuk kembali menawan Eropah meskipun tumpas pada perlawanan akhir namun itu adalah satu amaran bahawa mereka telah sedia untuk memburu kejuaraan Liga Juara-Juara keenam mereka.

“Liverpool sememangnya pasukan yang kuat dan apabila ianya melibatkan Liga Juara-Juara mereka mempunyai aura tersendiri untuk mengungguli kejohanan itu, mungkin keajaiban Istanbul masih ada dalam darah pemain mereka (Liverpool),” katanya kepada pemberita.

Ditanya mengenai peluang PSG dalam kejohanan kali ini, Tuchel memberi tahu bahawa beliau yakin dengan kemampuan pemain-pemainnya dan merasakan skuad The Parisians itu mampu melangkah jauh.

“Setiap pasukan yang bertanding pada Liga Juara musim lalu boleh dikatakan semakin kuat pada musim ini begitu juga dengan kami.

“Masih terlalu awal untuk saya menjanjikan pentas akhir kepada para peminat namun saya yakin kami akan melangkah lebih jauh berbanding musim lalu,” ujarnya lagi.

Musim lalu PSG dibawah bimbingan jurulatih lama, Unai Emery tersingkir pada peringkat pusingan 16 terbaik ditangan Real Madrid (aggregat 5-2) yang juga juara pada edisi lalu.