Connect with:




Ketua jurulatih The Reds, Jurgen Klopp bakal mendapat pembantu baharu dalam barisan kejurulatihannya apabila Thomas Gronnemark dilantik khas untuk mengajar teknik throw-in musim ini.

Gronnemark yang memegang rekod lontaran dalam terjauh dunia (51 meter) berasal dari Denmark dan bakal menjadi jurulatih separuh masa di Melwood.

“Kelab saya dahulu (Midtjylland) membuktikan bahawa throw-in boleh menjadi aset terpenting ketika set-pieces, anda hanya perlukan teknik, ketepatan dan tactical awareness yang betul,”

“Yang penting anda perlu melakukannya secara laju dan tidak terlalu tinggi supaya pertahanan tidak dapat membacanya dengan mudah,” ujar Gronnemark.

Untuk rekod, sebelum ini beliau pernah berkhidmat di Schalke 04, Hertha Berlin dan FC Midtjylland.
—————————————————————————————————–

Berita baik untuk para jurulatih dan pengurus pasukan bola sepak, Figos sedang melakukan promosi untuk barangan kejurulatihan ketika ini. Terdapat pelbagai alatan yang dijual dalam harga promosi seperti kon, coaching board, bola,beeps dan pelbagai lagi.

Maklumat lanjut anda boleh melayari laman web Figos ( http://www.figos.my/) atau laman media sosial mereka di @figossportswear (FB, Instagram & Twitter).