Connect with:




Peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menyaksikan skuad Liverpool hampa apabila tewas mengejut 0-2 kepada Red Star Belgrade yang berlangsung di ibu negara Serbia itu awal pagi tadi.

Dua gol awal hasil ledakan Milan Pavkov sudah cukup untuk memberikan kemenangan bermakna buat Red Star  selepas 26 tahun beraksi dalam Liga Juara-Juara.

“Kami begitu mudah memberi peluang. Kami perlu memastikan ia tidak akan berlaku lagi selepas ini.

“Kami mesti bermain lebih bagus kerana kami mampu beraksi dengan lebih baik, tapi malam ini sudah terlewat. Pemain amat kecewa, saya juga terlalu kecewa dan kami perlu beraksi lebih baik,” kata pengurus Liverpool, Juergen Klopp.

Dalam pada itu, Red Star yang tidak pernah melepasi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara sejak Piala Eropah 1992 tampak menguasai perlawanan selepas mendapat sokongan padu dari peminat tuan rumah.

Liverpool kni menghuni tangga kedua Kumpulan C di belakang Napoli menerusi perbezaan gol selepas kelab Naples itu seri 1-1 dengan Paris Saint-Germain.

Mereka akan menghadapi kedua-dua kelab berkenaan dalam dua aksi terakhir peringkat kumpulan.

Foto: Liverpool Updates