Lions Troop telah telah tertubuh dengan rasminya pada 25 April 2011 atas usaha sama Pusat Sukan UiTM dan juga atas sokongan daripada pemain UiTM FC sendiri. Lions Troop terdiri daripada warga UiTM termasuk pelajar, staf dan juga alumni Uitm sendiri.

Nama Lions Troop telah dipilih bersempena dengan nama gelaran Uitm FC iaitu UiTM Lions. Tujuan utama penubuhan Lions Troop adalah untuk memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan bolasepak UiTM FC yang beraksi dalam Liga FAM dan juga Liga IPT.

Dalam liga FAM yang telah tamat pusingan pertama, UiTM FC kini berada dalam kedudukan empat pasukan teratas untuk merebut slot ke Liga Perdana Malaysia. Dalam Liga IPT pula, UiTM FC adalah juara bertahan dan behasrat untuk mempertahan kejuaran tersebut bagi musim ini.

Dengan menggunakan kata semangat “When the Lions Roar”, Lions Troop bukan sahaja tentang menjadi seorang penyokong ia juga berkenaan disiplin, semangat bersaudara dan juga semangat cintakan negara dan UiTM amnya. Pada masa akan datang Lions Troop berharap dapat mencatat sejarah mempunyai penyokong fanatik teramai bagi kalangan IPT  di Malaysia dengan mengumpul sebanyak keahlian yang boleh kerana UiTM adalah IPTA yang mempunyai pelajar yang teramai di Malaysia. Info lanjut boleh didapati di laman facebook Lion Troop iaitu https://www.facebook.com/pages/Lions-Troop/104314266322885