Lima penerjun negara diberi pendedahan untuk bertanding dalam GP terakhir di Gold Coast pada 9-12 November ini selepas beraksi cemerlang di Grand Prix Terjun FINA Kuala Lumpur dua minggu lalu.

 

Antara yang akan beraksi di Gold Coast adalah pemegang pingat perak FINA Kuala Lumpur, Hanis Nazirul Jaya Surya, 16 yang ketika itu bergandingan bersama Jellson Jabilin dalam acara 10 meter platform seirama lelaki.

 

 

Menurut hazirul, di FINA Kuala Lumpur adalah penampilannya yang pertama dalam acara terjun, jadi peluang di Gold Coast adalah medan untuk dia menonjolkan dirinya untuk ke peringkat yang lebih tinggi.

 

Menurutnya juga, dia tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kerana sudah pasti kejohanan di Gold Coast pasti ramai pesaing yang lebih sengit perlu mereka bersaing.

 

Selain Nazirul dan Jellson, tiga lagi penerjun muda yang berpeluang ke Gold Coast adalah Gabriel Gilbert Daim, Syahmi Rezal dan Kimberly Bong.

 

Foto Kredit: press reader