Connect with:




  1. Pierre-Emerick Aubameyang – Gabon & Borussia Dortmund

Foto Kredit: The Independent

  • Pemain yang berusia 28 tahun ini telah menjadi pemain terhangat di Liga Jerman dengan menyumbat 35 gol bagi kelabnya dan memenangi DFB-Pokal atau Piala Jerman.
  • Pemain kelahiran Gabon ini telah tersenarai dalam empat pemain yang menjadi penjaring utama di Liga Jerman sekali gus tersenarai dalam pemain terbaik bagi benua Afrika.

 

2. Naby Keita – RB Leipzig & Guinea.

Foto Kredit: 101 great goals

  • Pemain muda yang berjaya menyertai liga besar di Jerman ini telah memberi impak besar terhadap pasukannya, yang berjaya menduduki tangga kedua dalam liga Jerman musim ini.
  • Baru berusia 22 tahun, dia sudah berjaya memberikan impak yang besar dalam kelab dengan hantaran bola yang kemas kepada rakan sepasukannya. dia juga dijangka akan menyertai Liverpool pada Julai 2018.

 

3. Sadio Mane – Senegal & Liverpool.

Foto Kredit: 101 Great Goals

  • Diundi oleh Badan Bola Sepak Profesional (PFA) serta menerima anugerah pemain terbaik Liverpool, Mane yang masih berusia 25 tahun juga turut tersenarai sebagai calon Ballon d’Or.
  • Dia juga menjadi penjaring terbanyak ketika The Reds berjaya layak ke Liga Juara-juara dengan hanya menduduki ranking keempat teratas dalam lapan tahun.

 

4. Victor Moses – Nigeria & Chelsea.

Foto Kredit: premium times

  • Setelah sekian lama menjadi pemain pinjaman untuk kelab-kelab lain, akhirnya Moses telah menjadi skuad  utama The Blues.  Dia juga berjaya membawa pasukannya untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris dan naib juara Piala FA.
  • Moses dilihat mula menyinar di bawah kendalian Antonio Conte yang melihat keupayaan yang ada pada Moses sehinggalah dia berjaya tersenarai dalam pemain terbaik Afrika.

 

5. Mohamed Salah – Mesir & Liverpool.

Foto Kredit: This is Anfield

  • Salah telah dianggap hero dan sumber inspirasi buat pasukan Mesir bagi tahun 2017 di mana berjaya membantu pasukannya melayakkan diri ke Piala Dunia.  Ianya sekali gus menamatkan penantian sejak tahun 1990.
  • Bukan itu sahaja, dia juga menunjukkan aksi yang cemerlang di kelab yang pernah disertainya seperti AS Roma dan terkini Liverpool.

 

Foto Kredit: Liverpoolecho