Connect with:




Persekutuan Sukan Komanwel mengesahkan seramai lima orang atlet dari tiga buah negara telah ‘menghilangkan diri’ dari kem atlet di Gold Cost, 2018.

Dalam pada itu, laporan yang diterima mendedahkan lima atlet dari tiga buah negara telah menyertai kelompok lapan atlet dari Cameroon yang telah menghilangkan diri sebelum ini.

Menurut Ketua Eksekutif Persekutuan Sukan Komanwel, David Gerevemberg menjelaskan pegawai mereka sedang memantau laporan awal tentang atlet dari negara Sieera Leone, Uganda dan Rwanda yang telah meloloskan diri dari perkampungan atlet.

Dia juga mengakui masih belum dapat menjejaki limat atlet tersebut dan. menegaskan bahawa terlalu awal bagi para pegawai untuk memastikan usaha atlet terbabit untuk melarikan diri tanpa dikesan oleh pihak mereka.

Selain tu, laporan dari seorang atlet Rwanda melaporkan dua pemain skuasy dari Sierra Leone dan dua atlet dari Uganda juga telah hilang.

Semua atlet di Sukan Komanwel mempunyai visa melancong di Australia sehingga 15 Mei.

Sementara itu, Grevemberg berkata pegawai Cameroon menyiarkan berita kehilangan atlet kepada penduduk Gold Cost dan memohon supaya pelancong atau atlet untuk tampil sekiranya mempunyai maklumat mengenai kehilangan atlet Cameroon pada minggu ini.

Para atlet yang telah dikenal pasti ialah peninju Fotsala Simplice, Fokou Arsene, Ndzie Tchoyi Christian, Yombo Ulrich dan Ndiang Christelle, dan angkat berat Matam Olivier Heracles, Minkoumba Petit David dan Fouodji Sonkbou.

Dua daripada atlet itu gagal hadir untuk bersaing dalam acara mereka.

Cameroon masih mempunyai atlet yang dijadualkan untuk bersaing dalam acara gusti dan tinju sebelum upacara penutupan pada Ahad.

Grevemberg berkata perkara ini mengecewakan kerana para atlet tidak muncul apabila mereka dijadualkan untuk bersaing.

“Para atlet ini adalah tetamu di Australia, mereka masih dalam visa mereka dan mereka berhak melakukan perjalanan dengan bebas,” kata Grevemberg.

“Sekarang ini kita bimbang tentang keselamatan dan kebajikan para atlet dan kami mengambil isu ini secara serius dan mengawasi keadaan dengan pasukan Cameroon.”

Menteri Sukan Komanwel Queensland, Kate Jones berkata polis Australia juga akan memantau isu ini.

Foto Kredit: Inside The Games