Connect with:




Berikut senarai akhir 23 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-16 kebangsaan, Lim Teong Kim bagi membarisi skuad Malaysia pada Kejuaraan B-16 AFC 2018 di Kuala Lumpur dari 20 September hingga 7 Oktober 2018.

 

BIL NAMA UMUR POSISI
1. SIKH IZHAN NAZREL BIN SIKH AZMAN 16 PENJAGA GOL
2. AZANNIS ADZRI BIN ABDUL HALIM 15 PERTAHANAN
3. MUHAMMAD FIRDAUS BIN RAMLI 16 PERTAHANAN
4. ALI IMRAN BIN SUKARI 16 PERTAHANAN
5. MUHAMMAD HARIZ BIN MANSOR 16 PERTAHANAN
6. MOHAMAD IKHWAN BIN MOHD HAFIZO 16 TENGAH
7. MUHAMMAD NAJMUDIN AKMAL BIN KAMAL AKMAL 15 PENYERANG
8. MUHAMMAD FIRDAUS BIN KAIRONNISAM 16 TENGAH
9. MUHAMMAD AMIRUL AZZIM BIN MOHD RUZKI 16 PENYERANG
10. LUQMAN HAKIM BIN SHAMSUDIN 16 PENYERANG
11. MUHAMAD ALIF BIN ABDUL MUTALIB 16 PERTAHANAN
12. MUHAMMAD RAIMI BIN SHAMSUL 16 PERTAHANAN
13. HARITH NAEM BIN JAINEH 16 PENYERANG
14. AHMAD ZIKRI BIN MOHD KHALILI 16 PERTAHANAN
15. ALIF DANIEL BIN ABD AZIZ 16 TENGAH
16. MUHAMAD UMAR HAKEEM BIN SUHAR REZWAN 16 TENGAH
17. MOHAMMAD ALIAS BIN ALAN 16 PERTAHANAN
18. MUHAMMAD SYUKUR FARIZ BIN JANURI 15 TENGAH
19. HARITH HAIQAL BIN ADAM AFKAR 16 TENGAH
20. MUHAMMAD DANIAL BIN AMALI 16 PENYERANG
21. ABDUL ALIM AL-AMRI BIN ALI 16 PENJAGA GOL
22. SYAHMI ADIB HAIKAL BIN MOHD SHUKRI 15 PENJAGA GOL
23. MUHAMMAD DANISH BIN ISHAK 16 PERTAHANAN

Skuad B-16 kebangsaan yang diundi dalam Kumpulan A akan memulakan kempen berdepan Tajikistan pada Khamis, 20 September 2018 diikuti aksi menentang Thailand pada Ahad, 23 September 2018 dan bertemu Jepun pada Rabu, 26 September 2018.

Ketiga-tiga perlawanan berkenaan dijadual berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan waktu sepak mula sama iaitu jam 4.30 petang.

Jika berjaya menduduki dua tempat teratas Kumpulan A, Malaysia akan bertemu juara atau naib juara Kumpulan B (DPR Korea, Oman, Yemen atau Jordan) pada aksi suku akhir, 30 September 2018 (Ahad) di Stadium Nasional, 4.30 petang (jika muncul juara Kumpulan A) atau di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya, 8.45 malam (jika muncul naib juara Kumpulan A).

Seterusnya, perlawanan separuh akhir bakal berlangsung pada Khamis, 4 Oktober 2018 di Stadium Nasional dan Stadium Petaling Jaya. Final pada Ahad, 7 Oktober 2018 di Stadium Nasional.

Selain Stadium Nasional dan Stadium Petaling Jaya, satu lagi gelanggang kejohanan ialah di Arena Universiti Malaya (UM Arena), Kuala Lumpur.

Tiket bagi setiap perlawanan di ketiga-tiga venue berharga RM10 dewasa (tempat duduk terbuka) dan RM5 kanak-kanak. Namun bagi perlawanan di Stadium Nasional, tiket turut dijual bagi kategori VIP iaitu RM20 dan grandstand RM15. Tiket akan dijual pada hari perlawanan di kaunter tiket stadium masing-masing.