Connect with:




Bagi kempen Liga Sepanyol musim 2018/19, Persekutuan Bolasepak Sepanyol memutuskan untuk menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) musim hadapan.

 

VAR juga hanya digunakan pada syarat yang tertentu sahaja seperti, ketika menerima kad merah, penalti atau untuk membetulkan kes yang mana identiti pemain yang menerima kad tersilap.

 

Buat masa ini, hanya Liga Sepanyol sahaja yang masih belum menggunakan sistem ini sepert England, Jerman, Itali dan Perancis.

 

Video Bantuan Pangadil ini telah diperkenalkan oleh FIFA sejak 2016 lagi, perlawanan pertama yang menggunakan sistem ini pada Ogos 2016 dalam Liga Bolasepak Amerika. Dalam permainan tersebut ada pergelutan yang berlaku antara dua pasukan dan VAR telah digunakan untuk mengesan kesalahan oleh pengadil perlawanan Ismail Elfath.

 

Berikut adalah fungsi penggunaan VAR dalam bolasepak;

 

  1. Jaringan (Gol)
  • Dengan adanya sistem VAR, pengadil dapat melihat semula video yang dirakam oleh VAR sama ada jaringan yang dihasilkan sah atau sebaliknya.

 

  1. Keputusan penalti.
  • Peranan VAR adalah untuk memastikan yang betul terhadap pengadil yang menganugerahkan sepakan penalti kepada mana-mana pasukan.

 

  1. Kad merah.
  • Dalam hal ini juga, pengadil dapat merujuk semula video yang dirakam oleh VAR sama ada sesuatu pemain itu patut diberkan kad merah atau tidak.

 

  1. Kesilapan keputusan.
  • Peranan seterusnya ialah pengadil dapat melihat semula video kesalahan pemain untuk mengelakkan kesilapan keputusan oleh pengadil.

 

Foto Kredit: orlandocitysc