Connect with:




Persatuan Bola Sepak Indonesia PSSI menarik kembali status Liga Utama Indonesia yang dihentikan sementara bermula 25 September kerana kematian seorang penyokong kelab Persija Jakarta yang dibelasah oleh penyokong Persib Bandung pada 23 September lepas.

Menurut PSSI, mereka telah sebulat suara membuat keputusan untuk meneruskan kembali aksi Liga 1 Indonesia pada 5 Oktober ini selepas berbincang dalam mseyuarat Jawatankuasa Disiplin.

Bukan itu sahaja, keputusan berkenaan juga turut mendapat sokongan daripada 18 buah kelab di bawah liga selepas mereka mengemukakan surat rayuan untuk meneruskan liga.

Namun, PSSI menegaskan hukuman setimpal akan diberikan kepada mereka yang terbabit dalam kes yang menggemparkan itu:-

1- Persib Bandung akan bermain tanpa penonton di luar Pulau Jawa (Kalimantan) sehingga akhir musim 2018 dan perlawanan di halaman sendiri tanpa penonton  sehingga pertengahan musim 2019.

2- Bagi penyokong Persib pula, mereka dilarang menyaksikan perlawanan di tempat lawan mahupun di halaman sendiri serta perlawanan Liga Utama yang lain hingga pertengahan musim 2019.

3-  Badan penganjur perlawanan termasuk jawatankuasa sekuriti dilarang mengikut serta dalam apa jua perlawanan Persib Bandung selama dua tahun.

4- Tertuduh yang terlibat dalam kes membelasan Haringga Sirla dilarang menonton bola sepak di stadium Indonesia seumur hidup.

Foto Kredit: Tribun Kaltim