Connect with:




Jika sebelum ini liga ini hanya Liga Sosial Munro Shah Alam, kini Munro Sports telah mendapat keizinan pihak Malaysian Football League (MFL) untuk menganjurkan liga yang lebih berprestij dimana pemain dapat beraksi di peringkat tertinggi dalam liga tempatan negara jika menjadi johan.

Dalam pada itu, hasil kerjasama Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bersama-sama Malaysian Football League, turut menyaksikan Shah Alam League bakal merubah landskap bola sepak tempatan.

Bukan itu sahaja, liga ini yang mendapat bantuan sepenuhnya pihak pengurusan Liga Malaysia berhasrat untuk  menjadi liga M5 yang akan menyediakan pasukan untuk bersaing dalam peringkat lebih kompetitif

Shah Alam M5 League memperuntukkan sebanyak 14 pasukan yang akan bertanding bagi merebut kejuaraan disamping mengguna format liga  “Round Robin” yang bermaksud setiap pasukan akan dapat sebanyak 13 perlawanan sepanjang kejohanan berlangsung.

Selain itu, pasukan yang bertanding juga akan menggunakan format pendaftaran yang sama seperti liga-liga peringkat atas iaitu 30 pemain satu musim, manakala hanya 18 pemain akan dibariskan untuk satu-satu perlawanan.

Foto Kredit: Munro Sport